Amalan khurafat urut tradisional Melayu

Amalan khurafat urut tradisional Melayu.pptx

Jampi Mentera
Menggunakan jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya.

Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja‘i r.a.: “Ketika zaman Jahiliyyah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah)” (Riwayat Imam Muslim r.a.).

Pengeras
Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah “pengeras”. Pengeras adalah ganjaran dan upah yang diberikan kepada jin peliharaan bomoh atas bantuan nya. Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Memberi pengeras adalah haram bersandarkan sabda Nabi (s.a.w) dari Abi Mas’ud al-Ansari r.a.:“Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) menegah (melarang) tentang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Pemutus Ubat
Pemutus ubat adalah amalan yang perlu dilakukan apabila mendapat kesembuhan (nazar). Dalam perubatan Islam, hanya doa dan kesyukuran kepada Allah swt menjadi tanda pemutus ubat bagi pesakit yang telah sembuh, iaitu memanjatkan kesyukuran kepada Rabul Alamin. Antara amalan pemutus ubat khurafat yang sering ditonjolkan oleh perawat tradisional ialah melepaskan binatang seperti ayam hitam ke kawasan yang tidak dihuni dan menyembelih binatang yang bersifat tertentu.

Hakikatnya, amalan itu bertujuan seumpama nazar tanda terima kasih kepada jin dan syaitan yang membantunya. Jika dilakukan, nescaya jin dan syaitan tidak akan mengganggunya kerana dia telah bersekongkol dengan orang yang melakukan syirik pada Allah (s.w.t).

Rasullullah (s.a.w) telah menerangkan kesesatan perbuatan mereka ini di dalam sabdanya. Dari ‘Amru bin Syu’aib r.a., diriwayatkan dari bapa dan datuknya, Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar kecuali kepada sesuatu yang bertujuan mendapat keredhaan Allah dan tiada sumpah di dalam perkara yang bertujuan memutuskan tali silaturrahim” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Sabda Nabi (s.a.w) lagi dari ‘Aisyah r.a., Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar dalam berbuat maksiat kepada Allah (s.w.t)” (Riwayat Imam Nasa’I r.a.).

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s