Pengiktirafan guru guru silat Melayu

Pengiktirafan guru guru silat Melayu

Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) membuka pintu kepada semua guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk menyertai program Pengikhtirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Tahun 2015 adalah bermulanya pintu dibuka. Tiada siapa pun boleh menghalang mereka untuk memperolehi sijil itu, malah mereka juga tidak perlu menjadi ahli MAGMA untuk menjulang sijil berkenaan!

“Kalau sudah cukup syarat, tunggu apa lagi? Setiap guru yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan oleh JPK adalah layak diikhtiraf guru oleh kerajaan dan MAGMA.

“Jika dia seorang pengasas atau guru yang sudah bertahun-tahun menuntut dan mengajar, pastinya ramai bilangan anak-anak murid dan jasa itu wajar dihargai,” kata Presiden MAGMA, Pendita Azlan Ghanie.

Kata beliau, hubungi terus MAGMA yang berusaha untuk mengangkat dan mengikhtirafkan guru-guru seni beladiri sepertimana telah direalisasikan pada tahun 2011, apabila sekumpulan guru dengan sebuah universiti luar negara mengadakan program seni beladiri tahap PhD hingga Diploma.

Manakala 2013, menurut beliau, MAGMA membangunkan modul pengurusan seni beladiri melalui JPK, sebelum mengumpul guru-guru yang berkelayakan untuk menerima diploma.

“Perjalanan MAGMA tidak semudah seperti dicatat. Ia sepertimana juga perjalanan seorang guru dalam dunia seni beladiri.

“Namun itulah yang perlu diharungi dan sebagai seorang wartawan yang berjawatan Ketua Editor, saya boleh umum dan ikhtiraf Malaysia, JPK dan MAGMA dalam majalah kerana telah mencatatkan sejarah dunia seni beladiri sebagai negara pertama mengikhtiraf peranan guru,” kata Pendita Azlan Ghanie, juga penerbit majalah yang turut berada dalam on-line untuk tatapan dunia.

Kepada guru-guru yang berminat, boleh mendapatkan penerangan dalam facebook Malaysian Martial Arts Grand Masters Association (MAGMA) atau dalam Majalah Seni Beladiri dan Majalah Seni Beladiri II.

“MAGMA sering membuat penerangan atas jemputan perguruan dan ada juga perguruan berkunjung ke pejabat saya di Kuala Lumpur. MAGMA juga ada melantik wakil-wakil negeri untuk memberikan penerangan.

“Yang disampaikan adalah cara mana untuk memohon dan kelayakannya. Kursus juga disediakan untuk sijil-sijil berhubungkait dengan teras modul.

“Semua mudah kerana semua permohonan diproses oleh MAGMA baik dalam dan luar negara. Guru pula perlu ada surat pengesahan perguruan dan pengesahan pengalaman daripada sijil-sijil yang sah,” kata presiden itu lagi.

Untuk membantu dan menguatkan kelayakan, MAGMA juga menyediakan kursus-kursus daripada teras modul. “Dalam borang MAGMA disediakan butir-butir tertentu yang tiada dalam permohonan JPK. Jadi, pemohon boleh memberikan salinan sijil degree atau diploma daripada universiti lain jika ada untuk rujukan JPK,” kata Pendita Azlan Ghanie.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s