Muka adalah salah satu daripada anggota tubuh badan manusia yang terletak di bahagian paling atas sekali. Mata, kening, hidung, mulut, pipi, bibir ada di bahagian muka. Ia adalah diimbangi oleh kedua-dua belah tangan kanan dan kiri. Adalah sangat penting untuk menjaga muka sebab orang akan melihat bahagian muka terlebih dahulu ketika bertemu dengan orang lain.
Tanpa disedari ada juga mempunyai muka yang tidak seimbang (senget sebelah). Dengan itu, tujuan utama urut atau refleksi muka adalah untuk memberikan sedikit kerehatan pada urat-urat saraf anggota yang terdapat di sekitar muka. Selain itu,amalan mengurut muka juga boleh menenangkan fikiran serta memudahkan tidur. Urut muka juga boleh menjadikan muka kita akan kelihatan muda.
Urutan muka boleh dilakukan sewaktu kita membersih atau mencuci muka dengan pembersih muka atau pun sabun madu lebah iaitu dengan cara mengurut muka dalam bentuk bulatan dari dagu ke arah atas. Ini untuk membolehkan isi muka /pipi menjadi tegang . Tidak digalakkan mengurut muka dari atas ke bawah untuk megelakkan otot muka mengendur dan kita akan kelihatan tua nanti ! Antara tempat-tempat yang menjadi sasaran urutan pada muka adalah dahi, lubang cengkungan mata bawah kening serta sendi-sendi tulang rahang dan pipi. Urutan di dahi bermula dari tengah dan tekan serta tolak ke tepi kanan dan kiri. Urutan di lubang cengkungan mata ialah dengan menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan iaitu urutkan dari tepi batang hidung kanan dan kiri. Kemudian urutkan pula di dalam lubang cengkungan mata iaitu di bawah kening tolak ke tepi kanan dan kiri hingga separuh daripada bingkai lubang cengkungan mata. Urut terapi pada bahagian muka ini boleh juga menggunakan minyak herba untuk mengeluarkan toksin yang berada di bawah kulit muka serta melancarkan urutan otot-otot muka agar ia tidak ketegangan.
Apabila mengurut muka dijadikan amalan, insyaallah muka kita akan kelihatan segar dan ceria, dan yang penting kelihatan muda selalu kerana ia juga mempamirkan personaliti seseorang itu dengan ‘air mukanya’….