Sikat urut terapi

Membersih badan menggunakan sikat
untuk membuang kotoran melekat
berserta kotoran yang menyekat
diliang kulit hinggakan tersumbat

Ketika badan dibasuh basah
sikatkan badan ke satu arah
condong sikat empat puluh darjah
gunakan bucunya di bahagian susah

Bersih serata di setiap bahagian
mula menyikat perlahan lahan
terutama di tempat banyak kotoran
supaya tidak tercedera badan

Kesan toksik di dalam badan
keluar bintik kemerah merahan
kerja menyikat perlu ulangan
jika badan banyak kekotoran

Kekotoran keluar hitam meleleh
berserta toksik berbuih buih
bersihkan dulu mana yang boleh
sebelum kulit menjadi bersih

Setelah dibersih segala kotoran
menggosok pula untuk meransang
untuk mengimbangi tubuh badan
membantu badan membina kesihatan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen