Petua amalan kesihatan sifuli

Panduan hidup adalah al Quran
rasul diutus menjadi ikutan
terdapat pula petua amalan
untuk membina kesihatan

Mulai Bismillah setiap urusan
elok disertai selawat dan salam
sertakan niat setiap tujuan
mulakan gerak anggota kanan

Turut segala perintahan tuhan
bukan menurut bisikan syaitan
usah dibuat amal kejahatan
jangan sesati jalan kehidupan

Lemparkan senyuman setiap hari
supaya wajah kelihatan berseri
jika bertemu salam diberi
jangan suka meninggi diri

Jangan suka ke hilir ke hulu
atau suka membuang waktu
jangan kerja terburu buru
atau kerja yang tidak perlu

Lihat cuma pada yang indah
jangan pandang benda ditegah
apatah lagi benda terdedah
teringin sangat jelinglah sudah

Bila bernafas biar teratur
cium haruman usah yang kotor
jauhi asap kereta dan motor
jangan duduk di dalam stor

Setiap waktu perlu ditepati
jangan suka mungkiri janji
dari meminta elok memberi
jangan mudah lupakan diri

Bercakaplah cuma sekadar perlu
jangan bertanya bertalu talu
sebelum jawab dengari dulu
sifat berleter usah ditiru

Makan minum biar bertenang
elok makan di waktu siang
kuah makanan usah berlinang
berhenti makan sebelum kenyang

Makan minum jangan berdiri
madu lebah eluklah dicari
air batu cubalah hindari
amalkan senaman setiap hari

Sejukkan badan sebelum mandi
bersihkan dulu tangan dan kaki
mandi malam eluk dijauhi
tak sempat mandi eluk bersuci

Berjimak bersatu bukan beradu
jangan hiungga tak kira waktu
panaskan badan terlebih dahulu
setelah selesai cuci yang perlu

Jika mengantuk baru tduri
sebelum tidur eluk bersuci
selawat dan salam pula diberi
jangan bangun meninggi hari

Berak dan kencing sepuas puas
di awal pagi atur ke tandas
pancut kencing di tempat keras
tahan nafas ketika melepas

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen