Kaedah urut sifuli terapi

MENCUCI KEKOTORAN

Kandungan kekotoran dan gula yang kian meningkat di dalam darah tubuh badan akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat sesama sendiri dan berubah warna menjadi bertambah gelap serta melekit yang menghalang kelancaran pengaliran darah.

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin kecut dan layu inilah yang menghantar isyarat dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air minuman.

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan berkesan. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, tubuh badan akan kerap terasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur juga turut terganggu. Walau pun telah tidur 8 atau 9 jam sehari (lebih daripada mencukupi), tetapi badan terasa letih dan mengantuk, lazimnya pada waktu petang. Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah ini akhirnya akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan yang menjejas nafsu seks.

Sel-sel badan mula lemah akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok di permukaan kulit tubuh badan.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan kerosakan kulit akan bertambah semakin cepat.

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai ke jari kaki sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dengan sempurna ke jari kaki dan sisa toksik pula tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini sangat sesuai membiakkan kuman. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk membunuh kuman tidak dapat sampai ke tempat yang dijangkiti kuman. Oleh itu serangan kuman boleh merebak dalam masa yang sangat singkat.

Kaedah urut sifuli terapi mencuci kekotoran tubuh badan ini adalah dengan menggunakan minyak urut sifuli terapi dan sikat untuk memberseh permukaan kulit tubuh badan dan membasmi pembiakan kuman.

MERANSANGI URAT SARAF

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang.

Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja.

Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang.

Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut.

Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Menerusi ruas tulang belakang yang sakit inilah penyakit pada organ yang bersangkutan dengannya dapat di kesan dan penyakit yang dialami oleh tubuh badan. Kaedah urut sifuli terapi adalah meransang anggota tubuh badan yang sakit menerusi ruas tulang belakang.

MELEGAKAN PERNAFASAN

‘Tiada tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya. Jika ia tidak mampu, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan’. (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, m/s 249)

Rahsia urutan perut sifuli adalah berdasarkan hadis di atas. Menurut hadis diatas sekurang kurangnya perut manusia itu perlulah satu pertiga makan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi ruang untuk bernafas untuk keperluan kesihatannya.

Perut mereka yang mengalami penyakit adalah disarati dengan sisa makanan dan minuman sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Kesannya, kerana nafas itu nyawa maka kehidupan mereka menjadi hanya separuh nyawa akibat sukar untuk bernafas yang akhirnya mereka sukar pula melakukan persenyawaan ketika bersetubuh.

Kesan kelainan ruang makanan di bahagian perut adalah menimbulkan masalah membuang air besar seperti sembelit. Kelainan diruang minuman pula menimbulkan masalah kencing, seperti kencing tak puas atau kerap kencing. Kelainan di ruang untuk bernafas pula menimbulkan sesak nafas dan penyakit yang bersangutan dengannya.

Maksud angin yang sering disebut ketika mengurut ialah angin yang berada di ruang pernafasan dalam perut sehingga menghalang daifram paru paru bergerak keatas dan kebawah untuk mengepam nafas. Ganguan pernafasan melemahkan tenaga tubuh badan mencegah segala penyakit. Perlu di ingatkan zakar juga perlu hidup, maka untuk hidup ia perlulah bernafas. Kesukaran zakar bernafas menyebabkan ia mati yang akhirnya di sebut mati pucuk. Ruang pernafasan batin untuk kepaerluan zakar adalah terletak di bawah pusat.

MENGIMBANGi TENAGA BADAN

Keseimbagan teaga tubuh badan zahir dan batin untuk keperluan kesihatan adalah bermula diantara bahagian kiri dan kanan sera atas dan bawah. Bahagian anggota atas tubuh badan yang berpusat di kepala diimbangi oleh anggota tangan kiri dan kanan. Bahagian anggota bawah tubuh badan yang berpusat di kemaluan pula di imbangi oleh kaki kanan dan kiri.

Kaedah urut sifuli terapi meransang anggota kedua belah tangan dan kaki untuk mengimbangi tenaga zahir dan batin.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Responses to Kaedah urut sifuli terapi

  1. rizal berkata:

    Dimana saya boleh dapatkan khidmat urut ini?

Tinggalkan komen