Urut batin

Urut batin adalah untuk membina tenaga batin seperti yang dilakukan suami isteri ketika bersetubuh.

Kenyataan yang harus kita akui bahawa tujuan utama perkahwinan adalah untuk memperolehi nafkah batin. Sebab itulah diantara syarat perkahwinan adalah kemampuan memberi nafkah batin selain daripada nafkah zahir. Malangnya terlalu sedikit peluang yang diberi untuk pengantin baru mempelajari bagaimana untuk memberi kepuasan kepada pasangan menikmati kepuasan nafkah batin.Kegagalan menikmati kepuasan nafkah batin bolehlah digambarkan seperti madah di bawah ini:

Kenyang cukup sekali makan
yang lain cuma minum minuman
jika kenyang dalam kehausan
meranalah jiwa sakitnya badan.

Dalam usaha memberi nafkah batin urutan adalah mempunyai peranan yang penting seperti membelai, meraba, mengosok, mengusap, menjilat, mengisap, menekan, memeluk dan sebagainya.Kemuncak santapan nafkah batin adalah mengurut dan meransang alat kelamin. Di bawah ini adalah kesan urutan yang sempurna semasa memberi nafkah batin.

Meningkatkan kesihatan dan kebahagian
Urutan yang yang dilakukan secara teratur, bersih dan sihat semasa bersetubuh banyak memberikan manfaat. Secara psikologinya orang yang melakukan persetubuhan yang sempurna dalam kehidupan seksualnya lebih tenang sehat dan bahagia berbanding daripada mereka yang tidak dapat mengecapinya. Pasangan yang memperolehi nafkah batin yang sempurna boleh hidup lebih lama ia itu panjang umurnya.

Mengatur hormon
Wanita yang melakukan persetubuhan setidaknya sekali seminggu, aturan haidnya lebih normal berbanding dengan wanita yang belum berkahwin. Seks meningkatkan hormon estrogen. Mereka menikmati hubungan seksual secara teratur, memiliki tingkat estrogen yang lebih tinggi dalam darah. Estrogen ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung, merendahkan kadar kolestrol positif, memelihara kepadatan tulang, menjaga kulit sentiasa kenyal dan mencegah tekanan.

Membakar kalori
Ketika melakukan hubungan kelamin, sebanyak 4.2 kalori dari tubuh akan terbakar bagi setiap minit. Lebih baik daripada bermain tenis yang hanya membakar 4 kalori per minit.

Menguatkan otot pinggul
Itu jika dilakukan secara teratur. Semasa mencapai kepuasan, otot pinggul akan berkontraksi keras yang kemudian akan lebih menguatkan tubuh, perut dan punggung anda.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Kajian yang dijalankan kepada beberapa wanita yang mengidap penyakit kanser payu dara mendapati mereka yang pernah mengalami atau mencapai organisme secara teratur, memiliki kekebalan tubuh yang lebih kuat dalam menghadapi penyakit, berbanding mereka yang tidak mencapainya. Organisme akan meningkatkan sel-sel yang berfungsi untuk melawan penyakit hingga 20%.

Mengurangkan stress
Anda tidak perlu mencari hiburan diluar untuk mengurangkan stres kerana aktiviti seksual telah menyediakannya secara semulajadi. Percaya atau tidak, kepuasan hasil hubungan seks umpama ubat penenang. Ketika itu otot-otot akan terasa tegang tetapi relaks dan menenangkan. Biasanya orang yang memiliki kehidupan seksual yang baik jarang merasa khuatir, cemas, gelisah, marah dan panas baran.

Mengurangkan rasa sakit
Bagi yang menderita radang sendi atau sakit urat leher, seks dapat meringankan kesakitan tersebut dan banyak lagi keperluan kesempurnaan urutan dalam sajian nafkah batin untuk kesihatan rohani dan jasmani yang akan di jelaskan kemudian nanti.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

1 Responses to Urut batin

  1. Mohd affandy yusof berkata:

    Macan mana nak dapat rawatan dari tuan serta berapa bayaran untuk rawatan tuan. Berapa kali rawatan di perlukan untuk rawatan kelelakian atau urut batin lelaki.

Tinggalkan komen