Urut kaki meransang tenaga batin

Kaki mempunyai sepasang; kiri dan kanan yang terletak di bahagian bawah badan manusia untuk pergerakan iaitu berdiri,berjalan, berlari, melompat, mencangkung , menyepak dan menari. Anggota kaki yang terdiri daripada peha, betis , lutut, ruas-ruas jari, tumit dan tapak kaki. Dengan itu penjagaan kaki sangatlah penting untuk diberi perhatian.

“Urut kaki merupakan salah satu kaedah Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks , otak dan lain-lain. Rahsia kesihatan manusia terletak di kaki. Refleks bagi semua organ tubuh badan manusia terletak di tapak kaki.

Tujuan refleksi atau urut kaki :

Melancarkan pengaliran darah

Meningkatkan daya tahan tubuh badan

Menyeimbangkan kedudukan badan

Melancarkan pergerakan

Menguatkan otot kaki

Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

Mengurangkan rasa letih

Mengelak risiko sembelit

Mengurangkan masalah sistem pencernaan

Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen