Urut perut mengimbangi tenaga zahir dan batin

‘Tiada tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya. Jika ia tidak mampu, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan’. (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, m/s 249)

Rahsia urutan perut sifuli adalah berdasarkan hadis di atas. Menurut hadis diatas sekurang kurangnya perut manusia itu perlulah satu pertiga makan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi ruang untuk bernafas untuk keperluan kesihatannya.

Perut mereka yang mengalami penyakit adalah disarati dengan sisa makanan dan minuman sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Kesannya, kerana nafas itu nyawa maka kehidupan mereka menjadi hanya separuh nyawa akibat sukar untuk bernafas yang akhirnya mereka sukar pula melakukan persenyawaan ketika bersetubuh.

Gambar diatas adalah menyatakan kedudukan bahan makanan, minuman dan ruang untuk bernafas dan tak lupa ruang pernafasan yang batin di bahagian perut tubuh badan manusia.

Kesan kelainan ruang makanan di bahagian perut adalah menimbulkan masalah membuang air besar seperti sembelit. Kelainan diruang minuman pula menimbulkan masalah kencing, seperti kencing tak puas atau kerap kencing. Kelainan di ruang untuk bernafas pula menimbulkan sesak nafas dan penyakit yang bersangutan dengannya.

Maksud angin yang sering disebut ketika mengurut ialah angin yang berada di ruang pernafasan dalam perut sehingga menghalang daifram paru paru bergerak keatas dan kebawah untuk mengepam nafas. Ganguan pernafasan melemahkan tenaga tubuh badan mencegah segala penyakit. Perlu di ingatkan zakar juga perlu hidup, maka untuk hidup ia perlulah bernafas. Kesukaran zakar bernafas menyebabkan ia mati yang akhirnya di sebut mati pucuk. Ruang pernafasan batin untuk kepaerluan zakar adalah terletak di bawah pusat.

Mengurut perut perlu dipelajari. Sebelum perut di urut, segala urat sarafnya yang mengendur hingga terbenam kedasar perut perlulah di apungkan terlebih dahulu. Urat kaki pula perlu di lembutkan terlebih dahulu sebelum perut disengkak. Begitu juga bahagian atas perlu di urut terlebih dahulu sebelum mengurut bahagian perut di bawah pusat, jika tidak angin dari bawah pusat naik keatas, kesannya pitam. Adalah merbahaya jika perut diurut oleh mereka yang tidak mempunyai kepakaran atau sekurangnya pengetahuan mengenainya. oleh itu bagi mereka yang sedang belajar mengurut ada baiknya mengurut anggota tubuh badan yang jauh dari perut terlebih dahulu seperti anggota kaki dan tangan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen