Alam jiwa

Alam jiwa adalah terbit daripada tenaga alam raga untuk menjiwai tubuh badan dalam bentuk perasaan, kesedaran, pengertian dan kefahaman.

Alam jiwa kehidupan manusia
faham fikir sedar dan rasa
daripada tenaga alam raga
darah urat nafas dan haba

Perasaan tenaga alam jiwa
dari darah daging manusia
untuk menjiwai alam nyawa
mengucap nama tuhan yang Esa

Kesedaran tenaga alam jiwa
daripada urat saraf manusia
untuk menjiwai alam nyawa
menghayati sifat tuhan yang Esa

Fikiran tenaga alam jiwa
tubuh badan raga manusia
untuk menjiwai alam nyawa
menurut perintah tuhan yang Esa

Fahaman tenaga alam jiwa
dari amalan hidup manusia
untuk menjiwai alam nyawa
menyembah tuhan yang Maha Esa

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen