Urut tangan meransang tenaga zahir

Tangan manusia adalah bahagian anggota badan pada hujung lengan manusia yang serba guna, yang boleh melakukan pelbagai kerja , dari yang halus hingga ke gerakan menggenggam yang kuat . Tangan juga digunakan untuk memanipulasi persekitaran. Kebiasaannya manusia mempunyai dua belah tangan; dengan empat jari dan satu ibu jari bagi setiap belah tangan.

Tangan mengandungi 27 tulang kecil yang digerakkan oleh 37 otot rangka. Otot-otot ini bersambung ke tulang oleh tendon. Susunan begini membolehkan tangan membuat pelbagai gerakan. Tangan manusia begitu istimewa kecekatannya terutama sekali kerana keupayaannya menemukan hujung jari dengan ibu jari, selain kepekaan yang terdapat di hujung-hujung jari itu sendiri.

Bahagian dalam tangan dikenali sebagai telapak tangan. Apabila semua jari digenggam erat, tangan membentuk penumbuk. Sambungan antara jari dipanggil sendi.

Kedua-dua belah tangan juga mengimbangi kepala dan tubuh badan manusia. Ianya terletak di bahagian atas tubuh badan untuk seimbangkan kaki yang terletak di bahagian bawah . Bermakna tangan adalah secara langsung berhubung dengan otak. Inilah di antaranya kenapa kita perlu mengurut tangan :

Tujuan refleksi atau urut tangan :

agar otot tangan tidak kekejangan

menghindarkan sakit kepala atau migrain

tidak cepat jadi pelupa

supaya otak sentiasa cergas

mengurangi genjala barah payudara

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

1 Responses to Urut tangan meransang tenaga zahir

  1. yusman amiruddin berkata:

    bagus sekali dan bermanfaat urut sifuli ni!

Tinggalkan komen