Memahami urut zahir dan batin

memahami urut zahir dan batin

Ramai dikalangan mereka yang telah mendirikan rumahtangga tidak memahami kesempurnaan urutan batin ia itu ransangan urutan diantara anggota jimak lelaki dan wanita unyuk memperolehi nafkah batin.

Selain daripada untuk memperolehi zuriat (anak) jimak atau bersenggama diantara suami isteri adalah untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit. Oleh itu pasangan suami isteri akan terus bersenggama walau pun sang isteri telah mengandung. Pada pasangan yang subur untuk mengandungkan (bunting) isteri cukup hanya sekali bersenggama. Bersenggama setelah isteri menggandung adalah untuk memperolehi nafkah batin seperti yang terungkap dalam madah seloka berikut;

Kenyang cukup sekali makan
yang lain cuma minum minuman
jika kenyang dalam kehausan
meranalah jiwa sakitlah badan.

Pasangan suami isteri yang tidak puas dengan kesempurnaan urutan batin pasangan masing masing sering memperolehi perkhidmatan urutan batin dari pelacur wanita atau lelaki yang di sebut jogolo. Kehebatan urutan batin para pelacur profesional dengan ransangan urutan jilatan api asmara, belaian selembut sutra, gosokan yang mengilu rasa, cengkaman yang menusuk kalbu serta ayunan yang menggelora jiwa adalah sukar ditandingi urutan batin pasangan suami isteri yang amatur kerana tidak mempelajari dan memiliki pengetahuan seni urut batin.

Jika kesempurnaan urutan zahir adalah terdiri yang pertama meransang urat saraf, kedua mencuci darah daging, ketiga melega pernafasan dan keempat mengimbang tubuh badan. Seperti mana yang wajib dilakukan dengan sempurna ketika mandi wajib.

Kesempurnaan urutan batin pula adalah terdiri daripada yang pertama mengawan, kedua bersetubuh, ketiga persenyawaan dan keempat bersatu diantara pasangan suami isteri ketika jimak.

Persoalannya sejauh manakah kita telah menyempurnakan urutan zahir dan batin yang dituntut oleh ugama untuk membina kesihatan dan mencegah segala penyakit zahir dan batin ?.

Maksud mengawan dari perkataan kawan, kawan adalah kerana benda, maka kawin pun kerana benda, oleh itu pengetahuan memilih pasangan yang baik benda atau barangnya sebelum dikahwini sangat penting untuk memperolehi kepuasan nafkah batin. Sejauh manakah pasangan suami isteri telah bersedia menentukan kesempurnaan kekuatan kemaluan masing masing sebelum mendirikan rumahtangga untuk melakukan urutan batin (bersenggama).

Maksud bersetubuh pula bersatu tubuh. Oleh itu pasangan yang cocok sangat perlu dipilih agar boleh disetubuhi atau secocok. Kesempurnaan tenaga dan kesihatan tubuh badan juga perlu untuk persetubuhan yang sempurna. Penyakit dan kesihatan pasangan akan berpindah kepada kita ketika bersetubuh. Bersetubuh memerlukan kekuatan urat saraf, kelancaran darah, kesegaran pernafasan dan kecergasan tenaga tubuh.

Persenyawaan hanya berlaku setelah pasangan suami isteri bersetubuh hingga separuh nyawa.Jika masing masing tinggal separuh nyawa barulah mereka boleh berkongsi satu nyawa. Oleh itu persenyawaan memerlukan nafas yang panjang agar tidak mudah mengalami kelemasan atau karam dalam gelombang lautan asmara.

Kesempurnaan jimak diantara suami isteri hanya mengalami kesempurnaan dan beroleh kesejahteraan setelah mereka bersatu benda, besatu tubuh dan bersatu nyawa.

Hanya pasangan yang berjaya bersatu benda, tubuh dan nyawa sahaja dapat mengecapi nikmat senggama atau jimak yang sempurna yang tidak terucap kerana tiada kata seindah bahasa untuk menyatakannya.

Pasangan suami isteri yang tidak berjaya bersatu ketika bersenggama cumalah sekadar beradu, kesannya mereka akan menggalami sakit tuan dan puan bermula dengan penyakit lemah tenaga batin, seperti masalah patah tandan bagi kaum lelaki dan keputihan atau pantat kering yang dialam wanita.

Lebih malang lagi bila mereka menggunakab berbagai ubat dan alat rangsangan seks untuk beradu. Peraduan yang sedemikian bukan sahaja boleh meruntuhkan katil malah rumahtangga.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Responses to Memahami urut zahir dan batin

  1. intanasnidar4960 berkata:

    Tq 4 sharing

Tinggalkan komen