10 faedah urutan batin

10 faedah urutan batin

Pesan dari seorang tua Melayu bahawa seorang suami patut kerap melakukan urutan batin bersama isteri untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan keharmonian rumahtangga. Mungkin anda pun menyedari bahawa rata-rata orang yang telah berkahwin kelihatan lebih cerita dan sihat berbanding mereka yang telah lanjut usia tapi masih belum bernikah. Banyak bukti menunjukan adanya pengaruh positif, baik jiwa dan raga yang diperolehi dari kehidupan seksual yang aktif. Berikut terdapat 10 faedah atau kelebihan melakukan urutan batin bersama isteri dari sudut jasmani mahupun rohani ditinjau dari sudut kajian moden.

1. Riadah. “Aktiviti urutan batin merupakan bentuk latihan fisik,” demikian menurut Dr. Michael Cirigliano seorang pakar dari University of Pennsylvania School of Medicine. Melakukan urutan batin tiga kali seminggu mampu membakar 7.500 kalori dalam setahun iaitu setara dengan melakukan jogging sejauh 75 batu.

2. Melancarkan Pernafasan. Melakukan jimak di malam hari dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel, membantu menjaga fungsi organ dan lapisan tisu hingga dapat berjalan dengan lancar.

3. Menguatkan Tulang Dan Otot. “Segala bentuk latihan fisik akan membantu meningkatkan testosteron” kata Dr. Karen Donahey pengarah Sex and Marital Therapy Program di Universiti Chicago. Testosteron dipercaya dapat membantu menjaga tulang dan otot kaum lelaki agar tetap kuat.

4. Mengurangkan Kadar Kolesterol. Melakukan urutan batin secara teratur dapat merendahkan tingkat kolesterol dalam tubuh dan secara postif mampu mengurangkan kadar kolesterol baik berubah jadi buruk.

5. Meredakan Sakit. urutan batin dapat merendahkan kadar sakit urat, tegang di leher, sakit kepala, demikian menurut Dr. Beverly Whipple presiden American Association of Sex Educators, Counselors and Therapists. Hormon yang dilepaskan ketika jimak dan inzal dapat meredakan rasa sakit.

6. Peningkatan Kadar Hormon DHEA Tanpa Perlu Makanan Tambahan. DHEA (dehydroepiandrosterone) adalah hormon popular yang dihasilkan oleh tubuh secara alami pada masa urutan batin. Sebelum mengalami inzal, DHEA yang dihasilkan pada kadar tiga hingga lima lebih tinggi dari biasa. Ini adalah hormon yang menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit.

7. Melindungi Masalah Kelenjar Prostat. Kajian telah menemukan bahawa masalah prostat terjadi atau mungkin bertambah buruk disebabkan cairan yang dihasilkan dalam kelenjar. Inzal secara teratur akan membantu membersihkan cairan tersebut.

8. Mengurangkan Ketegangan (Stress). urutan batin juga sangat berkesan sebagai cara untuk mengurangkan kadar ketegangan, demikian menurut Dr. Karen Donahey. Melakukan jimak merupakan cara luar biasa untuk mengurangkan ketegangan dan menghasilkan endorphins (hormon yang mengurangi sensasi rasa sakit dan gangguan emosional).

9. Menguatkan Rasa Cinta. Sentuhan kasih sayang akan meningkatkan penghasilan zat kimia tubuh bergelar oxytocin (hormon kemesraan). Oxytocin adalah zat yang menimbulkan hasrat berahi yang dihasilkan oleh kelenjar otak. Penghasilan oxytocin secara teratur dapat membantu meningkatkan kekerapan urutan batin.

10. Meningkatkan Hormon Wanita. Urutan batin secara teratur dapat meningkatkan penghasilan kelejar estrogen pada wanita dan ini berfaedah melindungi jantung dan menjaga lapisan tisu dalam faraj agar tetap anjal.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen