Asas seni urut terapi sifuli

Asas seni urut terapi sifuli

Urut terapi Sifuli adalah berasaskan kepada kewajipan amalan kehidupan seharian manusia semulajadi yang perlu meransang tubuh badannya untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit.

Ransangan urutan adalah seperti menggossok, menekan, memicit, menggaru dan memukul tubuh badan samada menggunakan anggota tubuh badan atau bantuan peralatan diperbuat daripada kayu, batu, tanduk dan sebagainya.

Selain daripada peralatan bahan yang sering digunakan untuk membantu keberkesanan urutan adalah seperti air, minyak, tanah dan sabun.

Kesempurnaan dan ketertiban urutan menurut syaratnya pula adalah diwajibkan seperti ketika mandi wajib dan bersuci yang menjadi amalan kehidupan penganut ugama Islam.

Selain daripada urutan zahir, urutan batin pula adalah merupakan tuntutan kepada pasangan suami isteri untuk melaksanakan kesempurnaan kewajipan memberi nafkah batin.

Perbezaan urutan zahir dan batin, urutan zahir adalah untuk meransang darah daging, mencuci urat saraf, melega pernafasan dan melembut tubuh badan seperti yang dilakukan ketika mandi manda atau bersuci. Urut batin pula adalah untuk mengawan, bersetubuh, bersenyawa dan bersatu seperti yang dilakukan oleh suami isteri ketika bersenggama.

Di antara punca utama penyakit zahir dan batin yang dialami manusia pada hari ini adalah kesan daripada kelalaian menyempurnakan kewajipan menguruti diri zahir dan batin untuk membina kesihatan mencegah penyakit. Kelalaian manusia menguruti diri dengan sempurna adalah kerana tiada mewarisi rahsia kemahiran dan ilmu amalan tersebut zahir dan batin.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Asas seni urut terapi sifuli

  1. latifah berkata:

    Saya tengah mencari tukang urut batin untuk suami saya…tujuan untuk menambahkan kekuatan pada zakar,lebih keras dan tahan lebih lama…boleh bantu saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s